AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 24 MEI: Hulu Selangor dan Gombak diramal hujan lebat hingga 10 malam ini, menurutJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook turut meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang Johor dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :