Orang ramai berbelanja di Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Telok Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah di empat cawangan Segi Fresh, esok, Ahad ini

SHAH ALAM, 17 MEI: Orang ramai khususnya warga Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat cawangan pasar raya Segi Fresh esok dan Ahad ini.

Bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan KPDN Selangor, program itu diadakan di cawangan Taman Amaniah Mulia, pekan Salak, Ara Damansara dan Antara Gapi.

“Jualan Ehsan Rahmah bakal tiba minggu ini. Dapatkan harga berpatutan bulan ini.

“Segi Fresh mengucapkan terima kasih kepada PKPS dan KPDN Selangor kerana membolehkan kami menawarkan harga istimewa kepada penduduk Selangor.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa yang kami tawarkan. Mari bersama-sama berkongsi kebahagiaan dalam setiap pembelian anda di Segi Fresh!,” maklumnya menerusi Facebook.

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :