AGENSISELANGOR

Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 25 MEI: Hujan lebat diramal melanda daerah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di seluruh Putrajaya, Perlis dan Johor selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :