Petugas kesihatan mengambil sampel darah pengunjung program Selangor Saring sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Sri Perantau, Klang pada 18 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri anjur saringan kesihatan percuma 1 Jun, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 25 MEI: Orang ramai khususnya yang menetap sekitar Bandar Utama dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma pada 1 Jun ini.

EXCO kesihatan awam berkata inisiatif Selangor Saring itu diadakan di tingkat 1 pusat membeli-belah Atria, Damansara Jaya dari 10 pagi hingga 4 petang.

Jelas Jamaliah Jamaluddin, program itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Bandar Utama. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :