Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Petaling, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 23 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sehingga 7 malam hari ini.

Menerusi Facebook agensi itu memaklumkan, cuaca sama diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :