Orang ramai mula beratur di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu seawal 5 pagi bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 11 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PRK KKB: Cuaca sebelah pagi diramal cerah, petang hujan lebat

SHAH ALAM, 11 MEI: Cuaca hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu diramalkan cerah dan baik pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di laman Facebook, memaklumkan ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku pada sebelah petang.

“Ramalan terkini serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia turut dipaparkan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my.

“Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia,” katanya.

Seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu di 18 pusat mengundi pada PRK DUN KKB hari ini.

Pilihan raya tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat barah.

Calon Kerajaan Perpaduan Sock Tao berdepan saingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia dan Nyau Ke Xin (Bebas).


Pengarang :