Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Masjid Al-Falah, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor pada 8 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Tua, Dengkil, Pandan Indah, Tanjung Sepat lokasi JER esok

SHAH ALAM, 13 MEI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Dataran Pandan Prima, Jalan Pandan 5, Pandan Jaya (Pandan Indah) dan Dataran Ulum Kampung Bukit Bangkong (Tanjung Sepat).

Jualan sama turut berlangsung di padang awam Batu Caves (Sungai Tua) dan Pangsapuri Siantan, Taman Putra Perdana (Dengkil).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :