Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Surau Nur Hidayah, Taman Rasa Utama, Hulu Selangor pada 7 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tasik Pandan Perdana Ampang antara lapan lokasi JER hujung minggu

SHAH ALAM, 17 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke lapan lokasi hujung minggu ini.

Esok, Jualan Ehsan Rahmah (JER)  diadakan di Jalan Penghulu Dataran (Meru), pekarangan balai raya Kampung Melaka (Dusun Tua), Jalan 6C/3 Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (Sungai Ramal) dan Tasik Pandan Perdana (Ampang).

Jualan diteruskan pada Ahad di tapak parkir Jalan Damai Utama 2 (Kinrara), Bandar Rinching Seksyen 2 (Semenyih), Jalan Perling 1 Pantai Sepang Putra (Sungai Pelek) dan Jalan Dato Abdul Hamid 4, depan Masjid Al Barakah (Sentosa)

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :