AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Cuaca hujan lebat disertai ribut petiir juga dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :