AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir seluruh Selangor, Putrajaya dan KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 17 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Keadaan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Labuan, Perlis, Pulau Pinang Perak, Kelantan, Terengganu selain beberapa daerah di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :