AGENDANASIONAL

Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang

LAHAD DATU, 21 JUN: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut apabila van polis yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Gelugor, Felda Sahabat 16, Tungku di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata dalam kejadian 2.30 petang itu mangsa berusia 44 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa sebelum itu memandu dalam perjalanan dari arah Komtek Sahabat 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) menuju ke Pantai Sahabat 16.

“Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap van dipandu mangsa.

“Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi anggota polis yang kebetulan sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulbaharin dalam pada itu turut berdukacita dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap siasatan kes dapat disegerakan bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.

— BERNAMA


Pengarang :