AGENDAJENAYAH

Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU, 21 JUN: Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam.

“Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan dan pihaknya akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

– BERNAMA


Pengarang :