AGENDANASIONAL

Daerah Petaling, KL diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 19 JUN: Daerah Petaling dan seluruh Kuala Lumpur diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :