Gempa bumi lemah melanda kawasan pantai Sabah pada jam 2.49 petang, 2 Jun 2024. Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDANASIONAL

Gempa bumi lemah landa berhampiran pantai Semporna

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada 2.49 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak di kedudukan 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur dengan kedalaman 10 km.

Kenyataan itu memaklumkan gempa bumi tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :