AGENSISELANGOR

Hujan lebat diramal landa Petaling, KL hingga 2 petang

SHAH ALAM, 14 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Petaling dan Kuala Lumpur sehingga 2 petang.

Beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan seluruh Melaka diramal alami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :