AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 28 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :