Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan Insentif Haji Muassasah kepada bakal jemaah di Masjid At-Tuqo, Tanjong Karang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Insentif haji naik RM1,000, bukti komitmen negeri angkat nilai Islam

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Negeri meningkatkan jumlah Insentif Haji Muassasah kepada RM1,000 pada tahun ini, yang memanfaatkan seramai 6,000 jemaah.

Dato’ Menteri Besar berkata pemberian wang tunai itu melibatkan pertambahan peruntukan berjumlah RM6 juta berbanding RM1.5 juta kepada 3,000 jemaah bagi dua tahun sebelum ini.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, peningkatan jumlah insentif dan penerima menjadi bukti semangat serta komitmen pentadbiran negeri mengangkat nilai Islam.

“Bagi dua tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri memberi RM500 termasuk kit haji kepada 3,000 tetamu Allah yang mengunjungi Baitullah. Bagaimanapun, tahun ini, kita beri RM1,000 dan penerima juga dinaikkan lagi 3,000 orang.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta agar niat murni ini menjadi satu kenyataan. Pemberian ini diharap dapat menampung perbelanjaan serta membolehkan insan terpilih beribadah dengan selesa di tanah suci,” katanya di Facebook.

Pada 3 Mei, Amirudin mengumumkan Insentif Haji Muassasah meningkatkan dari RM500 kepada RM1,000 yang memanfaatkan 6,000 jemaah haji pada tahun ini, melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta.

Proses dan tempoh pendaftaran permohonan bermula sejak 6 Mei hingga 23 Ogos ini. Permohonan diselaraskan secara bersama oleh pusat khidmat masyarakat dewan undangan negeri (DUN), pejabat penyelaras DUN dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai kos perjalanan 36 jemaah menunaikan haji secara percuma


Pengarang :