Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima replika cek Insentif Haji Muassasah #KitaSelangor2024 bernilai RM3,000,000 daripada Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berangkat menyempurnakan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 1445H/2024 di Masjid Sultah Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 28 April 2024. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Kebajikan jemaah terjaga, kenaikan insentif tampung kos haji

Oleh ABDUL RAHIM SABRI, NORRASYIDAH ARSHAD & ZAREEF MUZAMMIL

Kerajaan Selangor tidak melupakan kebajikan umat Islam dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan haji di Makkah tahun ini.

Seramai 6,000 orang diumumkan bakal menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 seorang dengan jumlah peruntukan RM6 juta pada 3 Mei.

Keprihatinan Kerajaan Negeri menaikkan jumlah insentif dapat menampung perbelanjaan serta membolehkan insan terpilih itu beribadah dengan selesa di tanah suci.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif itu meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu iaitu RM1.5 juta.

Berbanding 2022 dan 2023, hanya seramai 3,000 jemaah menerima sumbangan RM500 seorang termasuk kit haji daripada Kerajaan Negeri.

Selangor juga bakal menanggung kos perjalanan 36 jemaah daripada keluarga kurang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah itu secara percuma tahun ini.

Ia susulan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 28 April. Justeru RM1.2 juta akan dibelanjakan untuk tujuan itu.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Selangor 2024 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 28 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Bilangan jemaah haji Selangor yang bakal mengerjakan ibadah kelima dalam rukun Islam di Makkah pada tahun ini seramai 8,061 orang.

Sementara bilangan pendeposit di Tabung Haji bagi negeri seramai 1.81 juta dengan jumlah simpanan RM18.797 bilion.

Dilaporkan seramai 222 bakal jemaah haji sekitar Hulu Selangor menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 setiap seorang.

Berikut reaksi penerima skim Insentif Haji Muassasah yang ditemu bual Selangorkini di DUN Batang Kali pada 30 April dan 2 Mei.

“Memang saya tidak menyangka. Alhamdulillah rezeki saya. Boleh tampung kos beli barang keperluan sebelum berangkat ke tanah suci.”
Zurinawati Sahruji, 51, guru

 

 

 

“Sumbangan ini memang dapat membantu kurangkan kos perbelanjaan. Saya memang tahu ada bantuan ini tapi tak sangka meningkat. Wang ini juga untuk uruskan persiapan.”
Supt Mohd Rusli Din, 59, timbalan komandan Maktab Polis Kuala Kubu Bharu

 

 

 

“Usaha yang tepat. Memang dapat membantu. Sekarang kos menunaikan haji meningkat, jadi pemberian ini sangat membantulah. Bersyukur dan terima kasih kepada Allah dan Kerajaan Selangor yang prihatin dan dapat beri sumbangan.”
Zaharudin Abdullah, 57, konsultan trafik

 

 

“Saya melihat komitmen tinggi Kerajaan Negeri untuk membantu jemaah haji Selangor. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberi insentif RM1,000 kepada semua jemaah haji Selangor. Sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan di tanah suci nanti.”
Fahim Nurazri Abdul Rahim, 30, eksekutif logistik

 

 

“Saya ada dengar kenaikan insentif RM500 kepada RM1,000, pada saya amat bertepatan dengan situasi semasa kerana pengurusan haji makin meningkat dan secara tak langsung membantu jemaah haji Selangor. Pada saya pentadbiran negeri Selangor adalah terbaik.”
Abd Halim Abd Karim, 55, guru

 

 

“Kerajaan Negeri komited untuk membantu rakyat Selangor terutama bakal jemaah haji. Saya sangat bersyukur dapat tambahan insentif ini.”
Nur Aida Mohd Saidi, 39, pembantu klinik

 

 

“Bantuan yang diberikan termasuk menaja beberapa jemaah dengan tajaan penuh, saya lihat satu usaha yang sangat bagus. Ia dapat meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada kerajaan sendiri.”
Nur Fahada Mohd Jayani, 25, graduan UiTM Shah Alam


Pengarang :