Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jom hadir saringan kesihatan percuma anjuran negeri Sabtu, Ahad

SHAH ALAM, 28 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri yang berlangsung hujung minggu ini.

Program Selangor Saring itu berlangsung di Dewan Datin Zaleha Kampung Tengah (Gombak Setia) esok manakala Ahad di Dewan Sri Jugra (Banting), dari 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu menyediakan saringan kesihatan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

“Selain itu saringan barah (kolorektal, prostat, serviks, payudara), mata (rabun, glaukoma, retina) dan saringan tambahan (gigi, telinga dan fisioterapi).

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana ujian saringan berdasarkan penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pembentangan  Belanjawan Selangor 2024mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

 


Pengarang :