Peserta membuat pemeriksaan kesihatan menerusi program Selangor Saring DUN Batu Tiga di Dewan Heritier, Shah Alam pada 21 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jom sertai saringan kesihatan percuma di Seri Serdang esok

SHAH ALAM, 8 JUN: Orang ramai khususnya yang menetap sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang dipelawa menyertai program Selangor Saring esok.

EXCO kesihatan awam berkata inisiatif saringan kesihatan percuma itu diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ Seri Serdang, bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Jelas Jamaliah Jamaluddin, program itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Seri Serdang. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Ujian kesihatan dibuat berdasarkan penilaian borang saringan awal di aplikasi tersebut. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Hari ini, program saringan kesihatan percuma tuut dianjurkan di Dewan Jubli Emas Kampung Endah, Banting.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Selain memperkenal Selangor Saring, pentadbiran negeri turut melaksanakan inisiatif Bantuan Sihat Selangor yang menawarkan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan.


Pengarang :