Orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan percuma dalam program Selangor Saring peringkat DUN Bandar Utama di Pusat Membeli-belah Atria pada 1 Jun 2024. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kesan awal penyakit, negeri anjur saringan kesihatan percuma 29, 30 Jun

SHAH ALAM, 23 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri pada 29 dan 30 Jun ini.

EXCO kesihatan berkata Selangor Saring diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia pada 29 Jun dan Dewan Sri Jugra (30 Jun). Semalam, program sama berlangsung Dewan MPKS Bandar Baru Kuala Selangor.

Jelas Jamaliah Jamaluddin, inisiatif itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Bandar Utama. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :