AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 


Pengarang :