AGENSISELANGOR

Klang, Kuala Langat, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 15 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat sehingga 10 pagi.

Agensi itu di Facebook turut meramalkan keadaan sama di seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :