AGENSISELANGOR

Kuala Selangor, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 30 JUN: Lima daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut meramalkan keadaan sama melanda Kuala Lumpur, Labuan selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :