AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 21 JUN: Lima daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal ribut petir dan hujan lebat hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut meramalkan cuaca sama melanda seluruh Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :