AGENSISELANGOR

MetMalaysia ramal hujan lebat landa Kuala Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 20 JUN: Daerah Kuala Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang dan Johor.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :