Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Petaling, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 28 JUN: Lima daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal ribut petir dan hujan lebat hingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut meramalkan cuaca sama melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :