Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Petaling, Hulu Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 2 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook melaporkan, cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Labuan, Terengganu dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :