Pelbagai barangan asas dijual pada program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 daerah Gombak di Dataran Niaga Siantan, Batu Caves pada 16 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKPS buka permohonan anjur JER, peluang penduduk setempat beli barangan murah

SHAH ALAM, 27 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka permohonan penganjuran jualan murah barangan asas secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pihak yang berminat menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) boleh memohon menerusi pautan https://forms.gle/3xE6acRZRv17X2zT6 atau mengimbas kod QR poster di bawah.

Pada 15 Januari, Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Rosnani Abd Malik berkata permohonan boleh dibuat melalui pelbagai pihak antaranya wakil rakyat, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan, ahli majlis atau jabatan kerajaan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :