Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan melawat PJ Eco-Recycling Plaza di Sungai Way Free Trade Industrial Zone, Petaling Jaya pada 20 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Raja Muda berkenan melawat plaza kutipan barangan kitar semula di PJ

PETALING, 20 JUN: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan melawat PJ Eco Recycling Plaza di sini hari ini, sempena program Gagasan Rumpun Selangor.

Keberangkatan Tengku Amir Shah diiringi EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin, EXCO Agama Dr Fahmi Ngah, EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon.

Dalam lawatan kira-kira sejam, baginda diberi taklimat mengenai PJ Eco Recycling Plaza yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama rakan strategik, sebagai projek pertama di Malaysia yang mempamerkan barangan kitar semula termasuk menjualnya semula.

Baginda turut dibawa melihat proses menghasilkan beg dari banting iklan terpakai oleh kumpulan ibu tunggal di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) MBPJ.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat PJ Eco-Recycling Plaza di Sungai Way Free Trade Industrial Zone, Petaling Jaya pada 20 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Tengku Amir Shah kemudian melihat proses kitar semula barangan keperluan rumah seperti bekas lilin, pasu dan alas cawan dari sisa kaca yang dilaksanakan oleh Impact Lution.

Baginda turut beramah mesra dan bergambar bersama pelajar dan guru taska MBPJ, Jalan Pencala sebelum berangkat pulang.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal tahun ini bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program berkenaan bakal diadakan di sembilan daerah membabitkan peruntukan RM4.5 juta.

Setakat ini, program berkenaan sudah berlangsung di Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang sebelum diteruskan ke lima lagi daerah selepas Petaling hingga hujung tahun ini.

Pengarang :