PBTSELANGOR

Rumah ibadat, sekolah antara premis boleh dikecuali cukai taksiran

SHAH ALAM, 6 JUN: Rumah ibadat, sekolah dan tempat awam bukan untuk keuntungan antara pegangan yang boleh dikecualikan daripada cukai taksiran, menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menerusi keratan video berkenaan soalan lazim yang dikongsi di Facebook, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pengecualian turut diberikan kepada tanah perkuburan atau krematorium.

Mengulas penilaian semula cukai taksiran yang dikenakan, MBSA menjelaskan ia bagi mengimbangi kos perbelanjaan pengurusan dan perkhidmatan seiring hasil cukai berkenaan.

Menurutnya lagi, cukai taksiran yang dikenakan ketika ini juga berdasarkan aras nilaian 2006, namun perbelanjaan yang ditanggung MBSA bagi perkhidmatan adalah kos terkini.

Penduduk Shah Alam yang terkesan dengan kenaikan tersebut boleh merujuk Facebook MBSA untuk keterangan lanjut.


Pengarang :