Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sabak Bernam antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 21 JUN: Tiga daerah di negeri ini diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, tiga daerah itu adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka serta beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :