AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 28 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tujuh daerah di Selangor dan beberapa kawasan lain mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga 5 petang.

Daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur dan Putrajaya, lapor agensi itu di Facebook rasminya.

Kawasan lain yang mengalami cuaca sama ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :