Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Ayam RM10 seekor antara barangan asas jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 7 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) itu diadakan di parkir Dewan D’Kelana SS7/15 Kelana Jaya (Seri Setia), Dewan Orang Ramai Jenderaam Hilir (Dengkil), Dewan Bola Keranjang Kampung Sungai Terentang (Rawang), berhampiran Klinik Komuniti Seri Serdang (Seri Serdang) dan Pangsapuri Sunway Sinar (Kota Anggerik).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :