AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Klang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 29 UN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 11 pagi.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka (Alor Gajah).

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :