Orang ramai hadir menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Program Selangor Saring peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 06 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
EXCOSELANGOR

Manfaat ujian kesihatan percuma, orang ramai dipelawa hadir program Selangor Saring

SHAH ALAM, 26 JULAI : Orang ramai dipelawa menyertai program Selangor Saring bertempat di Dewan Serbaguna MBPJ SS3 pada 3 Ogos, bermula 8 pagi hingga 2 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata saringan kesihatan percuma peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku itu menyediakan ujian seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

  • Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah
  • Tekan butang Selangor Saring
  • Isi borang soal selidik
  • Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan  Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.


Pengarang :