Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Saipolyazan M Yusop (kiri) bersalaman dengan Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd Randhil Singh selepas memeterai menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi pembangunan strategik Zon 4 dan 5 Lapangan Terbang Subang di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom (UK) pada 22 Julai 2024. Majlis berkenaan turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Pelaburan Ng Sze Han. Foto Facebook Menteri Besar Selangor Incorporated
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI, MAHB meterai MoU di UK, bangun Zon 4, 5 Lapangan Terbang Subang

SHAH ALAM, 24 JUL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi pembangunan strategik Zon 4 dan 5 Lapangan Terbang Subang.

Menurut MBI di Facebook kerjasama itu bertujuan memajukan pembangunan dan pemasaran kawasan ditetapkan untuk segmen perniagaan penerbangan dan aeroangkasa sebagai sebahagian daripada pelan penjanaan semula Lapangan Terbang Subang.

“Kerjasama strategik ini selaras Rancangan Pertama Selangor dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan koridor pertumbuhan di negeri ini.

“Pembangunan ini secara langsung menyokong matlamat Selangor dengan tujuan utama Lapangan Terbang Subang adalah memberi kemudahan sektor penerbangan perniagaan manakala KLIA Aeropolis memfokuskan sektor penerbangan komersial.

“Pembahagian yang jelas ini akan mempermudah pembangunan kawasan sekeliling di Subang dan Sepang, termasuk limpahan ekonomi ke dalam koridor ekonomi Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway mahupun Wilayah Pembangunan Bersepadu Selatan Selangor,” katanya.

Kelmarin, MBI dan MAHB  memeterai perjanjian berkenaan di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom (UK) dengan MBI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Saipolyazan M Yusop dan MAHB oleh Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd Randhil Singh.

Majlis berkenaan turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Pelaburan Ng Sze Han, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Dato’ Zakri Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif National Aerospace Industry Corporation Malaysia, Prof Ts Shamsul Kamar Abu Samah.


Pengarang :