AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 31 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 pagi.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda seluruh Pulau Pinang, Melaka dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :