Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Tua, Teratai antara lima lokasi jualan murah barangan dapur hari ini

SHAH ALAM, 20 JULAI: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi, hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) bertempat di pekarangan Surau As-Syuhada Taman Suria Pendamar (Pelabuhan Klang) dan Balai MPKK Kampung Selayang Baru (Taman Templer).

Jualan murah turut diadakan di Jalan BS 9 Jalan Bukit Segar Jaya (Teratai), Balai raya Kampung Batu Belah (Bandar Baru Klang) dan Taman Suria Selayang (Sungai Tua).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :