AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, empat daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 5 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur dan empat daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan dii Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :