AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat, Sepang hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 11 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh Melaka.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :