AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di lima daerah Selangor, Putrajaya

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca diserta hujan lebat juga dijangka berlaku di Putrajaya, Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :