AGENDANASIONAL

Amirudin ucap takziah pemergian ibu MB Kedah, doa roh dicucuri rahmat

SHAH ALAM, 15 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di Kedah atas pemergian ibu tercinta Hajah Meriam Ahmad.

“Saya merakamkan ucapan takziah buat YAB Datuk Seri Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah atas pemergian ibunda beliau Hajah Meriam Ahmad.

“Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa serta ditempatkan di syurga penuh nikmat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Ibu Sanusi, Meriam Ahmad, 74, meninggal dunia pada jam 9.40 pagi tadi akibat masalah jantung.


Pengarang :