Jalan Sultan Azlan Shah di ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan pada 22 Ogos 2024. Foto Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
AGENDANASIONAL

Banjir kilat landa tujuh lokasi di ibu negara

SHAH ALAM, 22 OGOS: Tujuh lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi

Berdasarkan laporan Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Kuala Lumpur (KLCCC), lokasi terbabot adalah Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting-Klang dan Jalan Dutamas, lapor portal Harian Metro.

“Turut mengalami banjir kilat adalah Jalan Kepong dan Jalan Kuching,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, turut tular gambar beberapa kenderaan diparkir berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, ditenggelami air akibat hujan lebat, selain beberapa jalan utama di ibu negara sesak.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pemantauan berterusan dijalankan pihaknya berikutan kejadian banjir kilat.

Gambar tular banjir kilat melanda parkir di WTC, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2024.

Pengarang :