AGENSISELANGOR

Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 6 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor sehingga 6 petang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama juga dijangka melanda seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Pilau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Sawarak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :