AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 20 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 1 pagi.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :