Rakyat Iran menghadiri perhimpunan anti-Israel di Tehran pada 19 April 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Iran tekad balas dendam atas pembunuhan Ismail Haniyeh

TEHRAN, 1 OGOS: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata adalah menjadi kewajipan bagi Iran untuk membalas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam kenyataan pada Rabu, Ayatollah Khamenei mengucapkan takziah atas pemergian Haniyeh dalam serangan ke atas kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

“Penjenayah dan pengganas rejim Zionis telah menyebabkan tetamu kami mati syahid di dalam negara kami dan ia adalah sesuatu yang menyedihkan, tetapi ia membuka laluan untuk hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka,” kata Pemimpin Tertinggi itu.

Ayatollah Khamenei berkata Ismail tidak pernah takut untuk mati syahid, dan sentiasa bersedia untuk perkara itu dalam kehidupannya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada warga Palestin yang bangga dan keluarga Haniyeh atas kematian pemimpin kumpulan Palestin itu dan rakannya dalam serangan rejim Israel.

— BERNAMA-IRNA


Pengarang :