Adik Allahyarham yang juga penyanyi Aufahanie (tengah) menabur bunga mawar di pusara abangnya Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam pada 15 Ogos 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan di Puncak Alam

KUALA SELANGOR, 15 OGOS: Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di sini 6.45 petang tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan sebelum dibawa semula menaiki van jenazah dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 6.15 petang.

Pengebumian jenazah penyanyi dan pempengaruh berusia 23 itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.

Abang sulung Allahyarham, Muhammad Nidza Irfan, 33, ketika ditemui berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci bagi merungkai kes kematian adiknya itu.

“Di sebalik reda dengan pemergiannya, kami sekeluarga sudah pasti akan merindui gelak tawa dan gurauan arwah,” katanya.

Terdahulu, mayat Muhammad Nidza Afham yang ditemukan di Sungai Klang petang semalam selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Shah Alam pada 3 petang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza Afham mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

– BERNAMA


Pengarang :