Penyokong Selangor FC dan JDT bergambar bersama di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA pada 24 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
AGENDASUKANKINI

Kemeriahan, gelagat penyokong Selangor FC, JDT menjelang aksi akhir Piala FA

SHAH ALAM, 24 OGOS: Peminat sukan bola sepak tanah air pastinya sedang menunggu sepak mula aksi akhir Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.

Selain harapan menggunung Selangor untuk merampas kembali trofi itu yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2009, Johor juga sedaya updaya untuk meraih hatrik selepas menjulang trofi sama pada 2022 dan 2023.

Perlawanan malam ini juga seakan perhitungan tertunda antara kedua-dua pasukan yang sepatutnya bertemu dalam Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu, bagaimanapun Selangor FC menarik diri ekoran kejadian simbah asid ke atas pemainnya Faisal Halim lima hari sebelum perlawanan.

Tinjauan Media Selangor di pekarangan SNBJ petang tadi menyaksikan kemeriahan dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan yang sebahagian besarnya sudah hadir sejak tengah hari lagi.

Berikut foto-foto menarik yang dirakamkan Media Selangor:

Antara penyokong Selangor FC yang datang awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA pada 24 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

 

Sebahagian penyokong Selangor FC sudah membanjiri perarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejah tengah hari bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA pada 24 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

 

Penyokong selangor FC dan JDT, Nur Fazira imandudin (kiri) dan Nadja Liza Mustafa bersama hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton perlawanan Akhir Piala FA 2024 diantara Selangor FC dan JDT pada 24 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

 

Antara penyokong JDT yang datang awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA pada 24 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

 


Pengarang :