AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda enam daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 5 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :